Apa itu u-Library
Written by admin@pahanglibrary.gov.my
Wed, 27 Oct 2010
PPAP merupakan salah sebuah perpustakaan yang menjadi ahli konsortium u-Library, iaitu perpustakaan melaksanakan / memberikan perkhidmatan u-Library. Justeru, Semua kakitangan diminta mengemaskini pengetahuan mengenai u-Library, bagi memastikan semua bersedia memberi penjelasan yang tepat kepada masyarakat mengenai u-Library
Apa itu u-Library?
u-Library merupakan akronim kepada Ubiquitous Library atau Perpustakaan Ubiquitous. Ubiquitous membawa maksud, bila- bila masa di mana sahaja.
Perpustakaan Konsortium
u-Library dianggotai oleh 7 buah perpustakaan di Malaysia iaitu:
- Perpustakaan Negara Malaysia
- Perpustakaan Awam Pahang
- Perpustakaan Awam Selangor
- Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
- Pustaka Negeri Sarawak
- Perpustakaan Kuala Lumpur
- Perpustakaan INTAN Kuala Lumpur
manakala agensi lain yang turut menjayakan adalah:
- Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Malaysia
- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
- MAMPU
- EPU
Bagaimana tercetus u-Library
u-Library merupakan komponen di bawah Inisiatif Jalurlebar Kebangsaan bagi menggalakkan penggunaan jalurlebar di kalangan masyarakat melalui kandungan tempatan dan pembudayaan ilmu pengetahuan di mana- mana dan bila- bila masa!
Komponen u-Library
- Infrastruktur - Komponen ICT, Jalurlebar, komponen RFID (Radio Frequency Identification)- meliputi Stesen Kaunter, Tagging, Kiosk Pelbagaiguna, Gelongsor Buku
- Infostruktur - Portal, Pangkalan Data
- Perkhidmatan - Penghantaran (Pos Laju), Cashless Payment (MePS & Touch n Go)
Aliran Proses u-Library:
1. Pendaftaran Keahlian*
2. Verifikasi akaun melalui emel
3. Tempahan bahan perpustakaan (7 perpustakaan) secara online*
4. Penghantaran bahan perpustakaan yang dipinjam melalui Pos Laju dengan caj yang dipersetujui*
5. Pemulangan semula bahan ke perpustakaan melalui Pos Laju dengan caj yang dipersetujui *
* Mengikut terma & syarat serta polisi u-Library
Maklumat lanjut mengenai u-Library, sila layari
www.u-library.gov.my/portal